Khamis, 20 Disember 2012

::IMAN::


Jika dunia ini tak ada keimanan di dalamnya maka dunia tidak berguna, tidak berharga dan tanpa makna..

Iqbal- seorang penyair ahli falsafah yang berasal dari pakistan mengatakan :


Jika iman telah lenyap, maka tidak ada lagi rasa aman.
Dunia ini tidak bererti jika agama tidak lagi dijunjung.
Siapa orang yang hidup tanpa agama
maka kehancuran akan menjadi teman setianya.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Rabu, 18 April 2012

BERSAMA HABIB UMAR

singgah makan selepas bersama habib umar






begitu ramai jemaah yg hadir untuk bersama2 habib umar

habib umar bersama anak muridnya


Ahad, 11 Mac 2012

...wanita yang suci...

Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya...
Kerana Allah teramat mencintainya...

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Dimana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi...

Mengapa masih ragu-ragu?

kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri...

Rabu, 14 Disember 2011

RAHSIA BASMALAH

  Basmalah asalah bacaan yang dibaca di awal surah dan termasuk salah satu ayat daripada surah Al-Fatihah.
  Basmalah mengandungi fadhilat dan khasiat yang amat banyak. Setiap amal perbuatan yang baik apabila tidak dimulai dengan Basmallah maka perbuatan itu tidak mempunyai berkat.


bacaan Basmalah  ialah:




 Basmalah mengandungi banyak khasiat dan di antaranya adalah:

  • Bila dibacakan pasa air sebanyak 786 kali pada waktu malam lalu pada waktu matahari terbit air itu diminumkan kepada orang atau kanak-kanak yang normal akalnya selama 7 hari berturut-turut,insya'Allah  akan membantu kecerdasan anak tersebut.

cinta setiap individu muslim hendaklah mengikut urutan ini

-cinta pada Allah
-cinta pada rasul
-cinta pada diri sendiri
-cinta pada ibu bapa,pasangan dan kawan2
-cinta pada setiap saudara muslim