Sabtu, 5 September 2015

Pengajian Malaysia (pilihan raya)


NUR FARHANA BINTI MOHAMAD SAH 
(19DRG15F1024)
NUR AIDILLAH BINTI SELAMAT 
(19DRG15F1038)
NUR AMIRAH BINTI ABDUL AZIZ 
(19DRG15F1026)
NOR FARAH ADILLA BINTI KAMARUZZAMAN 
(19DRG15F1045)


PILIHAN RAYA 

DEFINISI PILIHAN RAYA
-Pilihan raya ialah pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan ini dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan atau konstituen berperlembagaan. Pilihan raya melibatkan dua pihak iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilih. Ini bermakna pilihan raya melibatkan perbuatan memilih sesuatu atau seseorang untuk sesuatu jawatan atau kedudukan yang dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Pilihan raya tidak semestinya dikaitkan dengan politik kecuali pemilihan yang bercorak politik. Dalam kajian ini pilihan raya adalah merujuk kepada proses memilih ahli-ahli Dewan Perundangan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negeri yang diadakan lima tahun sekali di Malaysia.



FUNGSI PILIHAN RAYA
-Antara fungsi-fungsi pilihan raya ialah:  
1. Cara rakyat memilih dan mengawal wakil-wakil mereka. Walaupun proses ini sangat kompleks dan ada yang berhujah bahawa rakyat setakat memilih calon-calon yang telah ditentukan oleh parti-parti politik, namun fungsi ini masih bererti dalam sistem demokratik. Dalam erti kata lain rakyat boleh memilih antara calon-calon alternatif yang bertanding. Kawalan ke atas wakil ini juga mengambil bentuk kuasa pengundi untuk menarik balik sokongan mereka keapda wakil (atau parti) dalam pilihan raya yang akan datang.  
2. Sebagai saluran penyertaan politik untuk masyarakat dan melaluinya boleh menimbulkan perasaan kekitaan dan perkongsian, perasaan menganggotai sesuatu sistem politik dan perasaan tanggungjawab terhadap peraturan-peraturan, dasar-dasar dan perjalanan sistem politik itu.  
3. Sebagai satu bentuk komunikasi antara yang memerintah dengan yang diperintah dan melaluinya memungkinkan pembuat-pembuat dasar berasa sensitive dan responsive kepada tuntutan-tuntutan politik.  
4. Untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa. Melalui pilihan raya pemerintah boleh mendakwa dirinya sah dalam erti kata ianya diterima oleh rakyat. Tidaklah memeranjatkan, umpamanya, bahawa ketua-ketua tentera yang merampas kuasa di Greece pada tahun 1967 terus mengadakan pilihan raya pada tahun 1968. Begitu juga dengan Iran pada tahun 1979 selepas Ayatollah Khomeini merampas kuasa daripada Syah Pahlavi atau dengan rejim-rejim tentera – Autokratik seperti rejim Zia ul Haq di Pakistan, Hussain Mohd Ershad di Bangladesh atau Ferdinand Marcos di Filipina. Mulai awal 1991, dengan runtuhnya kekuasaan dan kesahan parti-parti komunis yang memerintah Soviet Union dan negara-negara Eropah Timur, agenda politik terpenting di negara-negara tersebut ialah mengadakan pilihan raya untuk mendapatkan pemerintah yang diterima oleh rakyat.

SISTEM PILIHAN RAYA
-Proses pilihan raya melibatkan perkara-perkara berikut:  
a. Bahagian pilihan raya yang hendak dipertandingkan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang hendak dipertandingkan telahpun dipersempadankan oleh SPR, samada bahagian parlimen mahupun bahagian negeri. Bagi setiap buah negeri senarai penuh nama-nama bahagian parlimen dan negeri bagi setiap buah negeri beserta dengan nombor kod tiap-tiap bahagian pilihan raya adalah seperti yang akan ditetapkan oleh SPR. Belah bahagi daerah mengundi dan persempadanan semula bahagian pilihan raya dilakukan dalam tempoh empat bulan. Urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihannraya dalam tempoh 8 bulan (tidak melebihi 2 tahun).  
b. Daftar pemilih yang hendak digunakan Daftar pemilih merujuk kepada daftar pemilih yang terakhir disahkan oleh SPR. Daftar pemilih yang digunakan disediakan khas dalam format yang boleh difahami oleh semua pihak. Data pemilih yang disusun, disemak dan dicetak dengan kemas dan teratur, boleh dibeli mengikut bahagian-bahagian pilihan raya yang hendak dipertandingkan.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
Antara fungsi SPR dalam melaksanakan pendaftaran pemilih pilihan raya adalah: 
i. Menyempurnakan proses pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih dalam tempoh 6 bulan. 
ii. Menerima dan memproses setiap borang permohonan pendaftaran dalam tempoh 5 minit. 
iii. Menyemak nama di dalam daftar pemilih dalam masa 2 minit. iv. Membuka sekurang-kurangnya satu pusat pendaftaran bagi setiap daerah mengundi kecuali di kawasan bandar. 
v. Menyelesaikan kes-kes tuntutan dan bantahan dalam tempoh 1½ bulan. Daftar Pemilih Semasa “Daftar pemilih semasa” adalah daftar pemilih yang terakhir disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk diterima pakai dalam sebarang pilihan raya yang berlangsung selepas pengesahan daftar berkenaan atau bagi sebarang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya seperti penyemakan dan gerakan pendaftaran pemilih atau penyusunan semula daerah-daerah mengundi, lokaliti dan sebagainya. Pengesahan ini diwartakan dan berkuatkuasa sehingga warta itu dibatalkan. Suruhanjaya Pilihan Raya juga membuat pengumuman menerusi media massa setiap kali sesuatu daftar pemilih itu disahkan untuk diterima-pakai.  






Rujukan:
http://eprints.utm.my/2764/1/75014.pdf
https://www.youtube.com/watch?v=jGl3zJm3OIg
https://www.youtube.com/watch?v=EPrGdZBFVHc
https://www.youtube.com/watch?v=jj3dOkmS4tU
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan