dunia yang indah dipenuhi dgn warna-warna keceriaan kehidupan sebagai seorang wanita
Selasa, 14 April 2015
pendam
setiap manusia akan menghadapi dugaan dri Allah dan setiap menusia ada cara yang tersendiri untuk menyelesaikannya.
disini mira nak share how solve this problem. ermmm x lah sehebat mana pun, but boleh diamalkan kot. :)
ini cara mira/ tips mira....
jika mira ada masalah dengan orang lain mira akan cakap dalam hati or pergi ke tempat lain, dn luahkan sorang2. cakap seperti kita sedang bercakap dengan org lain. insyaAllah perkara itu akan hilang. dalam masa yang sama kita sedang mengadu pada Allah (tanpa kita sedari). tapi kita kena ingat, jangan sekali2 luahkan ketika kita dalam bahaya. contoh ketika memandu, it's very dangerous, sebab ia berkaitan dengan emosi, takut2 nanti terketan minyak kereta lebih sebab geram sangatkan. hehe
other options is, cerita dekat org yang biasa dengan kita. contoh, kalau masalah keluarga, cerita dengan ahli keluarga yang rapat sahaja (pilih yang sporting sikit). kalau masalah kawan, ceritalah dengan kawan (kawan yang rapat dengan kita sahaja).
apa pun mira nak ingatkan, kita jangan pendamkan sesuatu dalam hati kita. sebab bila kita pendam lama2, masalah itu datang kembali, automatik kita akan jadi pendendam, hah disitu nanti keluarlah sikap buruk kita. itulah salah orang kita sekarang nie terlalu pendamkan perasaan. bahaya tau, boleh hilang kawalan nanti. silap cara, boleh sampai memudaratkan orang lain. fikir sebelum melakukan tindakan ye :) :) :) senyum lebih2 sikit.
Isnin, 13 April 2015
tips anak soleh
assalam boy, nak jadi anak solehkan mira ada baca satu blog nie tentang tips anak soleh, so tak salah kan kalau kita share bersama :) kita muhasabah diri. adakala tak 100% kita akan dapat lakukan. tepuk dada tanya iman.
percayalah setiap kebaikan akan ada dugaan. sabar dn terus bersabar. ini adalah cara Allah menguji kita, syaitan akan sentiasa mengganggu. lakukan perlahan2, insyaAllah semuanya akan mudah.
1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi
Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Tetap tenang dan tetap bijak menjaga emosi dengan baik
2. Jangan membantah apabila ada pendapat yang berbeza.
Pendapat perlu disampaikan dengan cara yang halus dan sopan, bukan dengan keras. Beza generasi, beza usia, beza pengalaman membuatkan ruang perbezaan semakin luas.
Jangan bersikap kasar dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan. Tetaplah menjaga etika dengan mereka.
3. Jangan Meninggi Suara
Bagaimana sekalipun perasaan kita pada masa itu, jangan berteriak, membentak, bersuara dan bernada keras dalam berbicara dengan ibu bapa.
Ya, memang sangat susah mengendalikan emosi ketika marah, tetapi cubalah lakukan dengan baik. Insyaallah, semuanya dapat diatasi dengan baik.
4. Menjaga Hati Ibu Bapa Dengan Selalu Meminta Izin
Meminta izin dan mencium tangan ibu bapa sebelum pergi atau selepas pulang. Kita menerapkan hal ini berdasarkan apa yang ibu bapa kita ajarkan sewaktu kita masih kecil dahulu.
Kita pasti dapat merasakan kesan positif hasil tabiat ini.
5. Jangan Pernah Memarahi
Jangan sesekali memarahi ibu bapa walaupun ada yang kita rasakan tidak betul pada mereka. Teguran mesti disampaikan secara sopan. Mengapa perkara ini disampaikan berulang kali?
Kerana ia sangat penting untuk kita jaga. Jangan sesekali membentak mereka meskipun mereka di pihak yang salah.
6. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa
Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa. Apabila mahu memberi pandangan atau ibu bapa meminta pendapat kita, perlulah memberikan dengan sopan dan berhikmah.
Mungkin banyak perbezaan pandangan, pendapat, pengetahuan dalam banyak perkara yang tidak mungkin pernah sama. Tetapi mereka berhak bagi mendapatkan cinta dan sayang dari kita.
7. Jangan Menyampuk Perbicaraan
Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik.
Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.
Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakkan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.
8. Menjaga Hati Ibu Bapa dengan mendahulukan mereka
Tatacara lain adalah sikap sehari-hari iaitu mengutamakan atau mendahulukan ibu bapa dalam segala aktiviti seperti memberikan tempat duduk, memulakan makan minum dan sebagainya.
Akhlak ini jarang kita dapati pada jiwa anak muda hari ini.
9. Jangan Sesekali menyentuh kepala Ibu Bapa
Jangan sesekali menyentuh kepala ibu bapa apabila sedang berhadapan atau berkomunikasi kecuali untuk tindakan tertentu seperti memotong rambut.
10. Menjaga Hati Ibu Bapa Bila Berhadapan dengan mereka
Apabila berhadapan dan berbicara dengan ibu bapa mesti bersikap sopan, tidak bercekak pinggang, tidak melutut, tidak bersuara keras dan membentak.
11. Membantu Tanpa Diminta
Apabila melihat ibu bapa dalam kesusahan seperti mengangkat beban berat dan mengerjakan pekerjaan berat lain, tanpa diminta kita sepatutnya segera membantu.
***
Apa yang tercatit diatas adalah 11 langkah mudah dan berkesan untuk menjaga hati ibu bapa kita. Ia hendaklah dipraktikal dan rasailah perubahan hubungan kita dengan ibu bapa, mudah-mudahan dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita dengan ibu bapa.
Ahad, 12 April 2015
hijrah keduaku...
entah kenapa sejak kebelakangan ini mira rasa takut sangat bila dikaitkan dengan bab agama. ya dulu mira selalu join kawan2 usrah rajin ikut orang dengar ceramah, adakala rajin bertahajud rasa diri ini sangat tenang dan kata2 yang mira keluar sangat memuaskan. rasa diri ini menjadi orang yang baik. seperti iman mula bertambah bercurahan. ikut jer apa kawan buat.
namun ianya tidak berkekalan kerana makin umur mira meningkat makin jauh mira tersasar. itu semua kerana kawan juga. segala yang mira buat ketika dahulu ditinggalkan begitu sahaja. sebab berkawan dengan kaki enjoy. jiwa mula tidak tenteram. adakala ibadah mira pergi begitu sahaja. iman terlalu kurang seperti fon yang tidak di charge.
betul kata orang berkawan dengan orang baik maka jadi baik, berkawan dengan orang enjoy hidup pun jadi enjoy.
sekarang mira cuba untuk dapatkan kembali aura positive itu kembali, tapi dugaan yg dihadapi semakin berat tidak seperti dahulu. mira sangat takut bila orang kata kiamat itu makin hampir. mira sangat takut bila fenomena luar biasa berlaku. mira sangat takut pada petir. mira terlalu takut bila orang berkata tentang kematian. mira cuba untuk dapatkan kembali aurat positive itu kembali dengan cuba menghampiri kawan2 yang dahulu bersama2 mira dahaga ilmu agama, but skrg bila mereka sudah bnyak ilmu yg mereka dapat. mereka seperti jauh untuk membantu mira. mira cerita story mira kat mereka n mira cakap "i need friend to help me". tapi mereka berdiam sahaja.
kalau dahulu mira ada teman untuk diluahkan dan membantu tapi sekarang dia sudah pergi tanpa khabar berita sejak 2 tahun yang lepas.
segalanya semakin sukar, mira cuba dapatkan kembali buku2 novel yang menarik untuk kembali memberi inspirasi dalam mencari jalan keredhoan Allah antaranya
buku ini sangat menarik.
sekarang mira kerja di kedai tudung, disebelah kedai tu ada kedai orang tabligh. isteri dia nama ila. kak ila nie banyak sangat cerita tentang dakwah dia kat mira. kadang kala curi2 masa dengar cerita dia. mira harap cerita dia juga dapat memberi keyakinan untuk terus berhijrah.
sahabat sekalian doakan mira agar hijrah mira kali ini benar2 dari jiwa mira sendiri, bukan ikutan mana2 pihak. amiin. semoga amirah di jalan yang benar. diri ini masih memerlukan sahabat untuk bimbingan bersama.
siapa dia?
sorry friend sebab mira tak pernah story kat korang pasal sik dia. coz I'm not sure yang dia jodoh mira. emmm how i know him? mira knl from my friend, dia cousin kwn mira.

percaya atau tak, kami x pernah face to face. cuma mesej sahaja, tuh pun x lama hanya bulan puasa sahaja sebab cuti. asal orang kedah, pertengahan form 1 dia study di luar negara sampai sekarang lebih kurang 5 years. umur dia tua setahun dri mira. kira nyer kita org dh berkenalan 5 tahunlah.

he very take care about me when he returned, mira x tau nak share apa lagi tentang dia sbb kami terlalu jarang berhubung. ini pun dah dua tahun dia x email mira. I did not know he was still alive or not. hanya berdoa pada Allah agar Allah melindunginya. but I'm still waiting.

what a sweet moment?
haha, time dia kirim duit kat cousin dia, suruh belikan mira fon baru sebab dia nak berterima kasih kerana selama ini mira banyak bersabar dalam penantian ini. dalam diam2 fon tuh mira bagi kat mak mira.hehe.
.jpg)
sebagai balasan untuk dia, mira ada dapat vaucher dari bisnes yang mira buat, mereka bagi diskaun set jam tawaf. so mira pon beli guna voucher yang mira dapat tuh, but kena tambah duit sikit lah, tak banyak pon. jam tuh nanti mira nak hadiahkan bila dia balik nanti.

apa pun jodoh Allah yang tentukan, mira hanya mampu berdoa. sampai sekarang mira masih x lihat wajah nyer bila sudah dewasa. bila diminta gambar, hanya gambar ketika dia masih kecil diberi. hehe. ketegasan dn agamalah mira pilih dia. ingat kawan biasa itulah yang akan membuat ia menjadi luar biasa.
Isnin, 24 November 2014
Allah syg kitalah
Erm pernah x korang fikir Kenapa lepas menangis kita akan rasa penat dan mengantuk ?
Sebab Allah suruh kita rehat daripada terluka dan kesedihan
Subhanallah Sayangnya Allah kat kita
Isnin, 17 November 2014
Change your life
Semua org nk berubah menjadi lebih baik kan, tapi kita x akan berubah jika hanya berkata2 tanpa sebarang tindakan. Org kata jika niat shj dpt pahala, buat lagi berganda pahala.
Fikir2 kan ye, siapa buat dia dpt :)
Hah, Lagi satu jgn lupa lupa bila dh berubah kita kenalah "be an active muslimah" maksudnyer kita aktif di tempat2 yg baik contohnyer
1.majlis ilmu
2.usrah shbt
3.program kebajikan
4.dakwah dll
Tujuan nyer agar kit dpt muhasabah diri menjadi lebih baik n bergandakan ilmu yg kita ada.
Semogo kita sentiasa istiqomah DLM penghijrahan diri yg serba kekurangan ini n mendapat keredhoan Allah :)
aamiin
Langgan:
Catatan (Atom)







