Rabu, 28 Oktober 2015

BUNUH DIRI


Berkata Nabi saw, Allah berfirman, "Dia telah mendahului Aku dengan mencabut nyawanya sendiri, maka haram baginya syurga Aku"

Bunuh diri mencabar hukum Allah. Mencabar kekuasaan Allah. Maka Allah melaknat  diri mereka dan wajib haram syurga atas diri dia.

Tiada siapa yang layak membunuh nyawa orang lain, mengambil nyawa sendiri melainkan Allah kecuali Qisas iaitu bunuh balas sebab itu adalah hukum perintah dari Allah sendiri.

Segala masalah ada penyelesaian. Kebiasaanya di media massa sentiasa memaparkan perbuatan ini dengan asbab CINTA, STRESS dan  lain2. Cinta usah dibawa main. Sekali terjebak, padah menimpa bak kata org luka di jari bisa hilang namun luka dihati tetap ada. Ada orang boleh menjalaninya dengan tabah, ada orang dengan jiwa yang negatif. Sebab itu Islam telah menggariskan cara untuk bercinta yang halal.

Ingat pesan orang tua jika marah ambillah wuduk, solat sunat dua rakaat, minum air dan tidur. Mohon pada Allah agar diberi ketenangan insyaAllah Allah pasti akan bantu


KEEP CALM!!!

#janganjadibangang
#jagasolat
#ngadupadaAllahadalahlebihbaik
#setiapmasalahadapenyelesaian



Sabtu, 5 September 2015

maka aku bangkit


ya, aqu gemar ponteng sekolah, keluar sana sini tanpa pedulikan pelajaran aqu, aqu pernah berfikir bahawa pempuan itu akhirnya kedapur jua.
Dahulu aqu pernah terfikir bahawa aqu tidak akan ke kemana selepas spm dan kemungkinan aqu akan terus ke pondok untuk pljran agama.

Tapi aqu bangkit.

 aku bangkit setelah aku dicemuh oleh orang disekiling ku.
aku bangkit setelah aqu alpa dgn pelajaran.
aku bangkit setelah aqu melihat kedua ibu bapaku.
aku bangkit apabila aqu sedar aqu ini insan yang berguna.

aqu berusaha utk membuktikan kpd org siapa aku, kerana aku sudah bnyak bersabar dgn kata2 kosong org2 disekilingku. keyakinan,  kesabaran, tangisan dan ibadah aku membuatkan aku berjuang utk bangkit kan diri aku.

Alhamdulillah kini aqu berjaya utk melanjutkan pljran aqu setelah aqu bangkit.

Diploma Graphic Design.



Pengajian Malaysia (pilihan raya)


NUR FARHANA BINTI MOHAMAD SAH 
(19DRG15F1024)
NUR AIDILLAH BINTI SELAMAT 
(19DRG15F1038)
NUR AMIRAH BINTI ABDUL AZIZ 
(19DRG15F1026)
NOR FARAH ADILLA BINTI KAMARUZZAMAN 
(19DRG15F1045)


PILIHAN RAYA 

DEFINISI PILIHAN RAYA
-Pilihan raya ialah pemilihan umum ke atas seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan ini dibuat menerusi undi sesebuah perkumpulan atau konstituen berperlembagaan. Pilihan raya melibatkan dua pihak iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilih. Ini bermakna pilihan raya melibatkan perbuatan memilih sesuatu atau seseorang untuk sesuatu jawatan atau kedudukan yang dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Pilihan raya tidak semestinya dikaitkan dengan politik kecuali pemilihan yang bercorak politik. Dalam kajian ini pilihan raya adalah merujuk kepada proses memilih ahli-ahli Dewan Perundangan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negeri yang diadakan lima tahun sekali di Malaysia.



FUNGSI PILIHAN RAYA
-Antara fungsi-fungsi pilihan raya ialah:  
1. Cara rakyat memilih dan mengawal wakil-wakil mereka. Walaupun proses ini sangat kompleks dan ada yang berhujah bahawa rakyat setakat memilih calon-calon yang telah ditentukan oleh parti-parti politik, namun fungsi ini masih bererti dalam sistem demokratik. Dalam erti kata lain rakyat boleh memilih antara calon-calon alternatif yang bertanding. Kawalan ke atas wakil ini juga mengambil bentuk kuasa pengundi untuk menarik balik sokongan mereka keapda wakil (atau parti) dalam pilihan raya yang akan datang.  
2. Sebagai saluran penyertaan politik untuk masyarakat dan melaluinya boleh menimbulkan perasaan kekitaan dan perkongsian, perasaan menganggotai sesuatu sistem politik dan perasaan tanggungjawab terhadap peraturan-peraturan, dasar-dasar dan perjalanan sistem politik itu.  
3. Sebagai satu bentuk komunikasi antara yang memerintah dengan yang diperintah dan melaluinya memungkinkan pembuat-pembuat dasar berasa sensitive dan responsive kepada tuntutan-tuntutan politik.  
4. Untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa. Melalui pilihan raya pemerintah boleh mendakwa dirinya sah dalam erti kata ianya diterima oleh rakyat. Tidaklah memeranjatkan, umpamanya, bahawa ketua-ketua tentera yang merampas kuasa di Greece pada tahun 1967 terus mengadakan pilihan raya pada tahun 1968. Begitu juga dengan Iran pada tahun 1979 selepas Ayatollah Khomeini merampas kuasa daripada Syah Pahlavi atau dengan rejim-rejim tentera – Autokratik seperti rejim Zia ul Haq di Pakistan, Hussain Mohd Ershad di Bangladesh atau Ferdinand Marcos di Filipina. Mulai awal 1991, dengan runtuhnya kekuasaan dan kesahan parti-parti komunis yang memerintah Soviet Union dan negara-negara Eropah Timur, agenda politik terpenting di negara-negara tersebut ialah mengadakan pilihan raya untuk mendapatkan pemerintah yang diterima oleh rakyat.

SISTEM PILIHAN RAYA
-Proses pilihan raya melibatkan perkara-perkara berikut:  
a. Bahagian pilihan raya yang hendak dipertandingkan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang hendak dipertandingkan telahpun dipersempadankan oleh SPR, samada bahagian parlimen mahupun bahagian negeri. Bagi setiap buah negeri senarai penuh nama-nama bahagian parlimen dan negeri bagi setiap buah negeri beserta dengan nombor kod tiap-tiap bahagian pilihan raya adalah seperti yang akan ditetapkan oleh SPR. Belah bahagi daerah mengundi dan persempadanan semula bahagian pilihan raya dilakukan dalam tempoh empat bulan. Urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihannraya dalam tempoh 8 bulan (tidak melebihi 2 tahun).  
b. Daftar pemilih yang hendak digunakan Daftar pemilih merujuk kepada daftar pemilih yang terakhir disahkan oleh SPR. Daftar pemilih yang digunakan disediakan khas dalam format yang boleh difahami oleh semua pihak. Data pemilih yang disusun, disemak dan dicetak dengan kemas dan teratur, boleh dibeli mengikut bahagian-bahagian pilihan raya yang hendak dipertandingkan.

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
Antara fungsi SPR dalam melaksanakan pendaftaran pemilih pilihan raya adalah: 
i. Menyempurnakan proses pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar pemilih dalam tempoh 6 bulan. 
ii. Menerima dan memproses setiap borang permohonan pendaftaran dalam tempoh 5 minit. 
iii. Menyemak nama di dalam daftar pemilih dalam masa 2 minit. iv. Membuka sekurang-kurangnya satu pusat pendaftaran bagi setiap daerah mengundi kecuali di kawasan bandar. 
v. Menyelesaikan kes-kes tuntutan dan bantahan dalam tempoh 1½ bulan. Daftar Pemilih Semasa “Daftar pemilih semasa” adalah daftar pemilih yang terakhir disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk diterima pakai dalam sebarang pilihan raya yang berlangsung selepas pengesahan daftar berkenaan atau bagi sebarang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya seperti penyemakan dan gerakan pendaftaran pemilih atau penyusunan semula daerah-daerah mengundi, lokaliti dan sebagainya. Pengesahan ini diwartakan dan berkuatkuasa sehingga warta itu dibatalkan. Suruhanjaya Pilihan Raya juga membuat pengumuman menerusi media massa setiap kali sesuatu daftar pemilih itu disahkan untuk diterima-pakai.  






Rujukan:
http://eprints.utm.my/2764/1/75014.pdf
https://www.youtube.com/watch?v=jGl3zJm3OIg
https://www.youtube.com/watch?v=EPrGdZBFVHc
https://www.youtube.com/watch?v=jj3dOkmS4tU
















Rabu, 22 April 2015

tips vaseline



Kegunaan dia time;

1.bibir korang kering. Cara nyer ambil berus gigi, gosokkan pada bibir sampai rasa lapisan kulit mati tuh hilang pastuh cuci. Dh lap kering2, telakkan vaseline nie kat bibir. Buat sebelum tidur2.tumit kaki pecah. Cara nyer rendam kaki dlm air panas dlm 2 ke 3 minit supaya kerak kaki tuh lembut.lap kering2, telakkan vaseline nie kat tumit korang pastuh pakai stokin. Buat sebelum tidur.Kena konsisten buat benda nie. Ambil masa sedikit utk pulih.selamat beramal.‪#‎selamatmencuba‬‪#‎vaseline‬

Ahad, 19 April 2015

tips untuk penjagaan muka


assalam'mualaikum sahabat, ermmm mira hari nie nak share kat korang how do i maintain my face. mira nie x putih pun, biasa2 jer. cuma mira control sikit muka drpd banyak jerawat. putih x semestinya dia tuh sucikan?? fikir sekejap, hehe

let's start from the beginning of the morning,
bangun pagi around 6am (becouse i'm muslim, nak solat subuh) first thing yg mira akan buat ialah cuci muka lama2 sikit biar rata, tak kisah apa jenis produk (mira guna clean & clear). tips mira, mira lebih suka cuci muka guna berus biar rata, jerawat pun susah nak tumbuh. contoh di bawah:-




mana nak dapat berus tuh? ermm kalau ada instagram follow `RHGBEAUTYPRODUCT` kat sini dia jual murah siket dri ig yang lain. harga around 40. dulu ada sales harga dia 35, but now dh close sales dia.

kemudian mira ambil wuduk, n ready to pray. lepas solat confirm kita akan bersiap utk keluar so mira akan guna produk di bawah. ianya cuci tau.


kenapa mira guna nie, sbb dia buat muka kita jadi moise, segar. next mira guna pelembab seperti dibawah


n than gunalah apa2 krim kat muka kita nie like BB cream or what ever.hehe. kalau mira, mira guna 

skinbranded by jannalawwa

untuk pengetahuan korang mira bukan jenis pakai bedak, sbb kebanyakkan bedak mempunyai kandungan yang tidak berapa elok pada kulit kita sebenarnya. senang kata ianya merosakkan kulit muka kita.

ok bila dah balik dri keluar, (haha kelakar ayat dia) mira ambil air suam( air from water heater) agak2 panas sikit. bersihkan muka guna air tuh jer. kemudian lap muka bersih2. mira ambil minyak zaitun


mira letakkan pada muka rata2, biarkan selama 5 or 15 minit tujuan untuk kembalikan kelembapan muka setelah berjemuran di bawah matahari. mira cuci guna pencuci muka yg first2 sekali mira guna tuh bersama berus sekali. seterusnya letak pelembab muka.

before sleep,
mira akan cuci muka again guna pencuci mira yg second tuh supaya bila kita tidur muka kita dalam keadaan moise gitu..

selesai seharian.

butttttttt bila mira free time, mira akan buat petua nie

telur kampung

telur kampung

hah, mana nak cri nie??? hehe. kalau mira ambil kat reban ayam jer sbb ayah mira bela ayam kat kampung. kalau korang nk guna telur biasa pun boleh, but khasiat nyer x sehebat telur kampung.

cara dia, mira asingkan putih telur n kuning telur. putih telur tuh mira godak(kacau) sampai berbuih. bila dh banyak buih tuh kuar, mira ambil buih2 tuh letakkan pada muka. so muka kita akan nampak buih2 tuh melekat pada muka. klik sini kalau nak tau khasiat putih telur pada muka.

kemudian yang kuning telur tuh kacau rata letakkan pada rambut sampai betul2 kering baru bilas, ianya akan berbau dn rambut akan keras, nak cantik kan kena lah berkorban. sudah bilas tuh, letak syampoo pula biar rambut tuh wangi siket.nak tau khasiat kuning telur pada rambut klik sini.


madu

madu

cara nyer, letakkan pada muka sehingga rata. biarkan selama 10 minit, kemudian bilas. khasiatnyer klik disini.




Selasa, 14 April 2015

ringan di mulut, tetapi berat di timbangan

Kalimatan Habibatan

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ العَظِيمِ (HR:Muslim)