Khamis, 16 Jun 2011

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH(Ibu Orang-orang Miskin)..

Kemurahatiannya menjadi sanjungan umat sehingga diberi penghormatan dengan gelaran Ummul Masakin

   Di dalam peribadi dirinya hidup subur dan satu tabiat yang sangat mulia,diwarisi sedari zaman jahiliahnya lagi.Tabiat telah mengharumkan namanya,terutama sekali di kalangan orang-orang miskin Makkah.Bergelar janda seawal usia tiga puluhan,bukan masalah baginya untuk meneruskan tabiat yang sudah mendarah daging itu.sehinggalah akhirnya takdir menemukan dia dengan sebuah kehidupan yang cukup indah dan bahagia...
   Dia dibawa masuk ke dalam rumah tangga Rasulullah SAW.Namun demikian, masa baginya bergelar Ummul Mukminin tidak panjang,lebih kurang lapan bulan sahaja.Demikianlah sayidatina zainab binti khuzaimah r.ha., menjadi isteri Rasulullah yang kedua wafat semasa Baginda SAW masih hidup.

Sifatnya Zainab binti Khuzaimah
-tidak mementingkan diri sendiri.itulah nilai yang sebenar
-kesusahan orang lain mudah sekali meruntun jiwanya
-Harta yang paling berharga ialah sekeping hati yang putih jernih
-budi pekerti yang indah luhur

Peribadinya...
-sangat pemurah
-bersederhana
-jujur
-taat
-gemar beribadah
-melakukan kebajikan

kewafatan Zainab binti Khuzaimah R.ha. bererti pergilah sudah seorang insan yang sangat pemurah.Seorang ibu yang sangat penyayang kepada fakir-fakir miskin.Menepati benar seperti yang telah dijamin oleh Rasulullah SAW - "Orang yang pemurah dekat dengan manusia, dekat dengan Allah dan dekat dengan syurga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan