Ahad, 12 April 2015

hijrah keduaku...


entah kenapa sejak kebelakangan ini mira rasa takut sangat bila dikaitkan dengan bab agama. ya dulu mira selalu join kawan2 usrah rajin ikut orang dengar ceramah, adakala rajin bertahajud rasa diri ini sangat tenang dan kata2 yang mira keluar sangat memuaskan. rasa diri ini menjadi orang yang baik. seperti iman mula bertambah bercurahan. ikut jer apa kawan buat.

namun ianya tidak berkekalan kerana makin umur mira meningkat makin jauh mira tersasar. itu semua kerana kawan juga. segala yang mira buat ketika dahulu ditinggalkan begitu sahaja. sebab berkawan dengan kaki enjoy. jiwa mula tidak tenteram. adakala ibadah mira pergi begitu sahaja. iman terlalu kurang seperti fon yang tidak di charge.

betul kata orang berkawan dengan orang baik maka jadi baik, berkawan dengan orang enjoy hidup pun jadi enjoy.

sekarang mira cuba untuk dapatkan kembali aura positive itu kembali, tapi dugaan yg dihadapi semakin berat tidak seperti dahulu. mira sangat takut bila orang kata kiamat itu makin hampir. mira sangat takut bila fenomena luar biasa berlaku. mira sangat takut pada petir. mira terlalu takut bila orang berkata tentang kematian. mira cuba untuk dapatkan kembali aurat positive itu kembali dengan cuba menghampiri kawan2 yang dahulu bersama2 mira dahaga ilmu agama, but skrg bila mereka sudah bnyak ilmu yg mereka dapat. mereka seperti jauh untuk membantu mira. mira cerita story mira kat mereka n mira cakap "i need friend to help me". tapi mereka berdiam sahaja.




kalau dahulu mira ada teman untuk diluahkan dan membantu tapi sekarang dia sudah pergi tanpa khabar berita sejak 2 tahun yang lepas.

segalanya semakin sukar, mira cuba dapatkan kembali buku2 novel yang menarik untuk kembali memberi inspirasi dalam mencari jalan keredhoan Allah antaranya




buku ini sangat menarik. 

sekarang mira kerja di kedai tudung, disebelah kedai tu ada kedai orang tabligh. isteri dia nama ila. kak ila nie banyak sangat cerita tentang dakwah dia kat mira. kadang kala curi2 masa dengar cerita dia. mira harap cerita dia juga dapat memberi keyakinan untuk terus berhijrah.

sahabat sekalian doakan mira agar hijrah mira kali ini benar2 dari jiwa mira sendiri, bukan ikutan mana2 pihak. amiin. semoga amirah di jalan yang benar. diri ini masih memerlukan sahabat untuk bimbingan bersama.

                                     

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. insyaAllah, doakan saya agar Allah hantarkan kepada saya org yang beriman utk membimbing saya.

      Padam